Rotib Al Haddad & Wirdul Lathief |
Buku saku praktis berisi bacaan wirid Rotib Al Haddad & Wirdul Lathief, teks arab - latin dan terjemah.
Sekilas Tentang Shohibur Rotib
Beliau bernama
Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini
Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan
kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad tanggal 5
bulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan tanggal 30 bulan Juli tahun 1634
Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim.
Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar
yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah
yang Maha Agung lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati
(cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Cinta beliau
terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli
tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakin serta hakkul-yakin
Al-Habib pernah
berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur
oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi,
supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat
serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak.
Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan
perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibu bapakku yang amat prihatin
terhadap keadaanku”.
Pada permulaan
perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu
para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’. Pada masa beliau
berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan
pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim.
Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi.
Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan
beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering
mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang
mendorong Sayid Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya
“Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”.
Al-Imam
amat memeliharai amalan solat Ar-Rawaatib. Doa-doa serta wirid-wiridnya yang
ma’tsur dari amalan Rasul S.A.W. termasuk mendirikan solat Ad-Dhuha sebanyak
delapan rakaat dan solat Al-Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya, solat
Al-Awwaabin sebanyak dua puluh rakaat selepas sunat maghrib; dimana Al-Imam
menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh pada hari
Jumaat, Al-Imam berjamaah solat Fajar di masjid Al-Jami’ seterusnya ber i’tiqaf
sampai sholat Jumat demi mendapat keutamaan berawal-awalan untuk sholat
tersebut.
Walau
bagaimanapun Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali
keadaan memaksakan seperti supaya ia dijadikan tauladan kepada yang lain. Kata
Al-Imam: “Tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu
Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ (disebabkan orang mengetahui
amalan aku).
Al-Imam juga telah
menegaskan:
“Sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada
sunnah yang
ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam membiarkan rambut hingga ke
telinganya sebagai yang
dilaksanakan oleh Rasul S.A.W
Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Surga, dan
dikumpulkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad S.A.W.,
keluarganya dan sahabatnya serta sholawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta
keluarga dan sahabatnya.
******
Ratib Al-Haddad
Ratib Al-Haddad ini
mengambil nama sesuai nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alawi
Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa
dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan
masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun
berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah
(bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun untuk
memenuhi permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d
yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir tersebut ialah untuk mengadakan suatu wirid
dan zikir yang akan diamalkan penduduk
kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran
sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini
dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah
daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di
Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan
tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan
nafalnya, setelah sholat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat
Isya’ untuk menghindari kesempitan waktu karena menunaikan solat Tarawih.
Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini
diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan
daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad
berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan
Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa
di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah
menyatakan bahwa barang siapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh
keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga
seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia akan
dikaruniai dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa perbedaan
didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah
yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad
Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan
menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas
juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan siapa yang membaca ratib
ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amin.
Ketahuilah bahwa setiap
ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik
daripada Al-Quran dan hadist Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di
dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat
sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah
berdasarkan saran Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang
pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir
yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada
zikir panjang yang dibuat secara berkala atau sekali saja. Ratib ini
berbeda daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib
Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah.
Rotib ini
memiliki keistimewaan yang amat luar biasa. Bahkan Al Habib Abdullah Al Haddad
sendiri seringkali mewasiatkan agar rotib ini selalu dibaca.
Berkata
Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad Ra :
رَاتِبُنَا كَالسُّوْرِ الْحَدِيْدِي عَلَى
كَافَّةِ الْبَلَدِ الَّذِي يُقْرَأُ فِيْهَا.
“Rotib kami ini seperti pagar besi bagi seluruh negeri yang dia
dibaca didalamnya”
Dalam
kesempatan lain beliau berkata :
رَاتِبُنَا هذَا يَحْرُسُ
الْبَلْدَةَ الَّتِي يُقْرَأُ فِيْهَا
“Rotib kami ini menjaga negeri yang dia dibaca didalamnya”
Dan
beliau pernah berkata juga :
مَنْ وَاظَبَ عَلَيْهِ رُزِقَ
حُسْنَ الْخَاتِمَة
“Barang
siapa senantiasa istiqomah membaca rotib Al Haddad maka akan dianugerahi mati
dalam khusnul khotimah”
Jaminan yang amat luar
biasa telah dinyatakan oleh penyusun rotib sendiri, yang kemudian diikuti oleh
pujian para ulama’ dan sholihin. Serta berbagai fakta yang menunjukkan bahwa
pengamal dari rotib ini akan mendapat keselamatan dan keamanan dari pencurian, tenggelam,
sihir, dan gangguan jin serta bencana lainnya. Dan terlebih lagi adalah
mendapat kesempurnaan nikmat Allah Ta’ala yaitu meninggal dalam khusnul
khotimah.
Berkata
As Sayyid Al ‘Allamah Qodhi Segaf bin Muhammad bin Toha As Segaf Ba ‘Alawi Ra :
إِنَّ مَنْ قَرَأَ رَاتِبَ سَيِّدِنَا الْحَدَّاد كُلَّ لَيْلَةٍ كَفَاهُ عَنْ أَوْرَادِ اللَّيْلِ ِلأَنَّهُ جَامِعٌ نَافِعٌ مُجَرَّبٌ
“Sesungguhnya barang siapa membaca rotib Al Habib Abdullah Al
Haddad setiap malam, maka mencukupinya dari wirid-wirid malam karena rotib
tersebut adalah sempurna memgumpulkan, bermanfaat, dan terbukti mujarrob”.
Berkata
As Sayyid Al ‘Allamah Mufti Zaid bin Sulaiman bin Yahya Al Ahdaly :
إِنِّيْ لَمْ يَحْصُلْ لِيْ
ذَوْقٌ فِيْ رَاتِبٍ غَيْرَ رَاتِبِ سَيِّدِنَا القُطْبِ عَبْدِ الله بِنْ عَلَوِي
الْحَدَّاد
“Sesungguhnya saya tidak mendapati perasaan nikmat dalam membaca
rotib melainkan rotib sayyidina qutub Abdullah bin Alawi Al Haddad”
Beliau Assyaikh Al ‘Allamah Ahmad bin Hasan Al Muuqiry sangat perhatian
dengan rotib yang mulia ini. Dan beliau tidak mengijazahi orang yang minta
ijazah dari beliau kecuali dengan rotib Al Haddad terutama penduduk pegubungan
Yaman. Sehingga berpegang teguh dengan rotib tersebut baik orang-orang khusus
maupun awam.
Wirdul-Latif
Wirdul-Latif
adalah satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-Imam Al-Habib
Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Selalunya ia dibaca berseorangan pada waktu pagi
dan petang. Seperti karangannya yang lain, Imam Haddad menguatkan wirid ini
dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadist.
Dengan cara tulisannya yang mudah difahami, pendek dan
tepat, beliau menyusun ayat-ayat Al-Quran dan Hadith untuk
berzikir kebesaran dan kelebihan Allah. Dinamakan Wirdul-Latif (wirid
ringan) sebab mudah dibaca dan senang dirasakan di hati kita. Juga sebab ia
tidak begitu panjang seperti wirid yang besarnya, iaitu Wirdul-Kabir.
Karangan dan bacaan Wirdul-Latif di sini ialah
seperti yang dianjurkan oleh pengikut-pengikut, murid-murid dan muslimin di
negeri Arab, Semenanjung Asia dan Africa, dari keturunan Al-Haddad, Munsib-munsibnya
di maqam Imam al Haddad di Al-Hawi, Tarim - Hadhramaut di negara Yaman.
Imam Alawi bin Ahmad bin Hassan Al-Haddad, anak cucu
beliau telah menyusunkan wirid ini dengan mengurangkan jumlah bacaan tasbih dan
tahmid. Perulangan tasbih dan tahmid dikurangkan kepada tiga dan ditambah satu ayat untuk gantinya. Beliau
mengikut arahan Allah seperti di Surah Al-Baqarah Ayat 286 :
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya.”
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w
telah masuk ke masjid dan baginda mendapati ada seutas tali yang direntangkan
di antara dua tiang, lalu baginda bertanya: “Tali apakah ini?” Para Sahabat
menjawab, “Tali itu digunakan oleh Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa
malas atau keletihan dia akan berpegang pada tali tersebut.” Rasulullah s.a.w
bersabda lagi, “Lepaskan ikatan tali tersebut, seseorang dari kamu hendaklah
bersembahyang dengan kemampuan yang ada pada dirinya, apabila dia malas atau
letih maka hendaklah dia berhenti.” Zainab adalah seorang yang kukuh imannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Zainab r.a. jikalau ia mau belajar
satu zikir yang berpahala serupa dengan membaca bilangan zikir-zikir ini. Dan
Baginda pun berkata, “tambahkan kalimah ‘seberapa banyak ciptaan Nya’ kepada
setiap tasbih, taslim and tahmid”.
Sudah tentulah lebih baik kalau kita memiliki waktu dan
tenaga untuk membaca wirid ini dengan sepenuhnya. Insya Allah, Allah akan
memberi kita taufiq dan hidayat dan merahmati Al-Habib kita serta memimpin kita
ke jalan yang benar.
********
MOHON PETUNJUK DIMANA BISA MENDAPAT KITAB INI DIWILATAH SURABAYA
BalasHapuskitab ini tidak ada di surabaya, kalau di Malang bisa hub. admin, karena ini cetakan sendiri.
BalasHapusBagaimana cara mendapat kan nya gan lengkap dengan latin nya yah
BalasHapusDear Admin,
BalasHapusMohon Info untuk mendapatkan Buku tersebut, Semogo Admin slalu diberkahi dah selalu dalam Lindingan Alloh. Aamiin