Rotib Al Haddad



Rotib Al Haddad & Wirdul Lathief
Buku saku praktis berisi bacaan wirid Rotib Al Haddad & Wirdul Lathief, teks arab - latin dan terjemah.

Sekilas Tentang Shohibur Rotib

Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani.  Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad tanggal 5 bulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan tanggal 30 bulan Juli tahun 1634 Masehi.  Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim.  Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan.  Walaupun demikian, Allah yang Maha Agung lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah).  Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakin serta hakkul-yakin

Al-Habib pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku.  Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak.  Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibu bapakku yang amat prihatin terhadap keadaanku”.
Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’.  Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim.  Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi.  Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak.  Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini.  Inilah yang mendorong Sayid Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya “Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”.
Al-Imam amat memeliharai amalan solat Ar-Rawaatib. Doa-doa serta wirid-wiridnya yang ma’tsur dari amalan Rasul S.A.W. termasuk mendirikan solat Ad-Dhuha sebanyak delapan rakaat dan solat Al-Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya, solat Al-Awwaabin sebanyak dua puluh rakaat selepas sunat maghrib; dimana Al-Imam menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh pada hari Jumaat, Al-Imam berjamaah solat Fajar di masjid Al-Jami’ seterusnya ber i’tiqaf sampai sholat Jumat demi mendapat keutamaan berawal-awalan untuk sholat tersebut.
Walau bagaimanapun  Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya ia dijadikan tauladan kepada yang lain. Kata Al-Imam: “Tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ (disebabkan orang mengetahui amalan aku).
Al-Imam juga telah menegaskan:Sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam membiarkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul S.A.W
Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Surga, dan dikumpulkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad S.A.W., keluarganya dan sahabatnya serta sholawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya.

******


Ratib Al-Haddad

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sesuai nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun untuk memenuhi permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir  tersebut ialah untuk mengadakan suatu wirid dan zikir yang akan  diamalkan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah sholat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ untuk menghindari kesempitan waktu karena menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahwa barang siapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia akan dikaruniai dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa perbedaan didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan siapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amin.
Ketahuilah bahwa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadist Rasulullah S.A.W.  Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saran Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau sekali saja. Ratib ini berbeda daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah.

Rotib ini memiliki keistimewaan yang amat luar biasa. Bahkan Al Habib Abdullah Al Haddad sendiri seringkali mewasiatkan agar rotib ini selalu dibaca.

Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad Ra :
رَاتِبُنَا كَالسُّوْرِ الْحَدِيْدِي عَلَى كَافَّةِ الْبَلَدِ الَّذِي يُقْرَأُ فِيْهَا.    
“Rotib kami ini seperti pagar besi bagi seluruh negeri yang dia dibaca didalamnya”

Dalam kesempatan lain beliau berkata :
رَاتِبُنَا هذَا يَحْرُسُ الْبَلْدَةَ الَّتِي يُقْرَأُ فِيْهَا
“Rotib kami ini menjaga negeri yang dia dibaca didalamnya”
Dan beliau pernah berkata juga :
مَنْ وَاظَبَ عَلَيْهِ رُزِقَ حُسْنَ الْخَاتِمَة
“Barang siapa senantiasa istiqomah membaca rotib Al Haddad maka akan dianugerahi mati dalam khusnul khotimah”

Jaminan yang amat luar biasa telah dinyatakan oleh penyusun rotib sendiri, yang kemudian diikuti oleh pujian para ulama’ dan sholihin. Serta berbagai fakta yang menunjukkan bahwa pengamal dari rotib ini akan mendapat keselamatan dan keamanan dari pencurian, tenggelam, sihir, dan gangguan jin serta bencana lainnya. Dan terlebih lagi adalah mendapat kesempurnaan nikmat Allah Ta’ala yaitu meninggal dalam khusnul khotimah.


Berkata As Sayyid Al ‘Allamah Qodhi Segaf bin Muhammad bin Toha As Segaf Ba ‘Alawi Ra :

إِنَّ مَنْ قَرَأَ رَاتِبَ سَيِّدِنَا الْحَدَّاد كُلَّ لَيْلَةٍ كَفَاهُ عَنْ أَوْرَادِ اللَّيْلِ  ِلأَنَّهُ جَامِعٌ نَافِعٌ مُجَرَّبٌ


“Sesungguhnya barang siapa membaca rotib Al Habib Abdullah Al Haddad setiap malam, maka mencukupinya dari wirid-wirid malam karena rotib tersebut adalah sempurna memgumpulkan, bermanfaat, dan terbukti mujarrob”.

Berkata As Sayyid Al ‘Allamah Mufti Zaid bin Sulaiman bin Yahya Al Ahdaly :
إِنِّيْ لَمْ يَحْصُلْ لِيْ ذَوْقٌ فِيْ رَاتِبٍ غَيْرَ رَاتِبِ سَيِّدِنَا القُطْبِ عَبْدِ الله بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد
“Sesungguhnya saya tidak mendapati perasaan nikmat dalam membaca rotib melainkan rotib sayyidina qutub Abdullah bin Alawi Al Haddad”

            Beliau Assyaikh Al ‘Allamah  Ahmad bin Hasan Al Muuqiry sangat perhatian dengan rotib yang mulia ini. Dan beliau tidak mengijazahi orang yang minta ijazah dari beliau kecuali dengan rotib Al Haddad terutama penduduk pegubungan Yaman. Sehingga berpegang teguh dengan rotib tersebut baik orang-orang khusus maupun awam.


Wirdul-Latif


Wirdul-Latif adalah satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Selalunya ia dibaca berseorangan pada waktu pagi dan petang. Seperti karangannya yang lain, Imam Haddad menguatkan wirid ini dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadist.
Dengan cara tulisannya yang mudah difahami, pendek dan tepat, beliau menyusun ayat-ayat Al-Quran dan Hadith untuk berzikir kebesaran dan kelebihan Allah. Dinamakan Wirdul-Latif (wirid ringan) sebab mudah dibaca dan senang dirasakan di hati kita. Juga sebab ia tidak begitu panjang seperti wirid yang besarnya, iaitu Wirdul-Kabir.
Karangan dan bacaan Wirdul-Latif di sini ialah seperti yang dianjurkan oleh pengikut-pengikut, murid-murid dan muslimin di negeri Arab, Semenanjung Asia dan Africa, dari keturunan Al-Haddad, Munsib-munsibnya di maqam Imam al Haddad di Al-Hawi, Tarim - Hadhramaut di negara Yaman.
Imam Alawi bin Ahmad bin Hassan Al-Haddad, anak cucu beliau telah menyusunkan wirid ini dengan mengurangkan jumlah bacaan tasbih dan tahmid. Perulangan tasbih dan tahmid dikurangkan kepada tiga dan ditambah satu ayat untuk gantinya. Beliau mengikut arahan Allah seperti di Surah  Al-Baqarah Ayat 286 :
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk ke masjid dan baginda mendapati ada seutas tali yang direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda bertanya: “Tali apakah ini?” Para Sahabat menjawab, “Tali itu digunakan oleh Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa malas atau keletihan dia akan berpegang pada tali tersebut.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Lepaskan ikatan tali tersebut, seseorang dari kamu hendaklah bersembahyang dengan kemampuan yang ada pada dirinya, apabila dia malas atau letih maka hendaklah dia berhenti.” Zainab adalah seorang yang kukuh imannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Zainab r.a. jikalau ia mau belajar satu zikir yang berpahala serupa dengan membaca bilangan zikir-zikir ini. Dan Baginda pun berkata, “tambahkan kalimah ‘seberapa banyak ciptaan Nya’ kepada setiap tasbih, taslim and tahmid”.
Sudah tentulah lebih baik kalau kita memiliki waktu dan tenaga untuk membaca wirid ini dengan sepenuhnya. Insya Allah, Allah akan memberi kita taufiq dan hidayat dan merahmati Al-Habib kita serta memimpin kita ke jalan yang benar.

********

4 komentar:

  1. MOHON PETUNJUK DIMANA BISA MENDAPAT KITAB INI DIWILATAH SURABAYA

    BalasHapus
  2. kitab ini tidak ada di surabaya, kalau di Malang bisa hub. admin, karena ini cetakan sendiri.

    BalasHapus
  3. Bagaimana cara mendapat kan nya gan lengkap dengan latin nya yah

    BalasHapus
  4. Dear Admin,

    Mohon Info untuk mendapatkan Buku tersebut, Semogo Admin slalu diberkahi dah selalu dalam Lindingan Alloh. Aamiin

    BalasHapus